Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MySeDidik perkukuh transformasi digital pendidikan awal kanak-kanak Sarawak
  • PENDIDIKAN

MySeDidik perkukuh transformasi digital pendidikan awal kanak-kanak Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
FATIMAH Abdullah semasa Majlis Pelancaran Aplikasi MySeDidik di Pusat Konvensyen Penview, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Aplikasi MySeDidik dilancarkan sebagai platform digital bersepadu bagi memperkukuh pengurusan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak, sekali gus menyokong aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, MySeDidik bukan sekadar aplikasi mudah alih, sebaliknya sebuah ekosistem digital yang dibangunkan bagi mentransformasikan pengurusan pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh.

Menurut beliau, aplikasi itu mengintegrasikan pelbagai aspek termasuk pengajaran dan pembelajaran, kehadiran murid, pentaksiran, komunikasi antara pendidik dan ibu bapa serta urusan pentadbiran dalam satu platform.

“MySeDidik bukan sekadar sebuah aplikasi mudah alih, malah merupakan sebuah ekosistem digital yang komprehensif untuk mentransformasikan pengurusan pendidikan awal kanak-kanak,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Pelancaran Aplikasi MySeDidik di Pusat Konvensyen Penview, hari ini.

Beliau berkata, aplikasi itu turut memperkukuh kerjasama antara pendidik dan ibu bapa menerusi pemantauan perkembangan pembelajaran anak secara lebih menyeluruh, sekali gus meningkatkan keberkesanan pendidikan awal kanak-kanak.

Menurutnya, inisiatif tersebut menyokong empat teras utama PCDS 2030 iaitu pembangunan modal insan, transformasi digital, pendidikan inklusif dan kelestarian alam sekitar melalui pengurangan penggunaan kertas dalam operasi SeDidik.

Sehingga Jun 2026, kesemua 107 pusat SeDidik di seluruh Sarawak melaksanakan Dasar Pintu Terbuka, manakala 61 pusat menawarkan program pendidikan inklusif yang melibatkan 205 kanak-kanak berkeperluan khas termasuk 51 pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Pada masa sama, MySeDidik kini digunakan oleh 2,743 murid, 6,059 ibu bapa dan 471 kakitangan selepas Kurikulum Prasekolah 2026 didigitalkan sepenuhnya di semua pusat SeDidik.

Abang Johari berkata, SeDidik turut memperluaskan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi projek perintis saringan dan intervensi awal kanak-kanak, selain memperkukuh kedaulatan data melalui migrasi pangkalan data ke Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. serta integrasi dengan Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan.

Beliau berkata, pelancaran MySeDidik membuktikan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam melahirkan generasi celik digital, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan menerusi pelaburan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Anak masyarakat Penan tidak dipinggir daripada menikmati inisiatif pendidikan percuma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.