Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mydin gesa henti sebar berita palsu
  • TEMPATAN

Mydin gesa henti sebar berita palsu

Utusan Sarawak 5 years ago

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Pihak Pengurusan Mydin Mohamed Holdings Berhad memohon kerjasama orang awam untuk menghentikan sebaran palsu mengenai kakitangan Mydin positif Covid-18.

Dalam kenyataan di media sosial Mydin, pihak Mydin berkata, “Mohon kerjasama anda semua, hentikan perkongsian yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Sebarang penyebaran Mydin gesa henti sebar berita palsu berita palsu akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Kenyataan tersebut merujuk kepada mesej berantai di saluran whatsapp yang menyatakan ada seorang pengawal keselamatan di Mydin Openg dijangkiti Covid-19, yang kemudian- nya telah disahkan palsu oleh pihak pengurusan.

“Jika tidak pasti, ja- ngan kongsi dengan sesia- pa, sebaliknya rujuklah maklumat-maklumat yang sah di kesemua platform rasmi media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia,” tambah beliau.

Mydin turut berkata, selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Pihak Pengurusan Mydin kini mengehadkan bilangan pengunjung pasar raya bagi tujuan keselamatan.

“Pelanggan digalakkan memakai topeng muka sebelum masuk. Hanya ketua keluarga atau seorang wakil sahaja dibenarkan masuk bagi setiap urusan pembelian. “Pelanggan dinasihati mematuhi polisi penjarakan sosial satu meter,” beliau menambah.

Mydin Petra Jaya dan Mydin Samariang beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 7.00 malam setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Continue Reading

Previous: Bekalan mencukupi sepanjang PKP
Next: Pusat pemeriksaan suhu badan diwujudkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.