Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MUT laksana satu pelan tangani isu bekalan air – Julaihi
  • TEMPATAN

MUT laksana satu pelan tangani isu bekalan air – Julaihi

Utusan Sarawak 2 years ago
Datuk Julaihi Narawi

KUCHING: Setiap agensi pengurusan air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak telah diminta untuk bersiap siaga menghadapi musim panas yang dijangka berlarutan.

Menterinya Datuk Julaihi Narawi berkata, MUT telah melaksanakan satu pelan untuk menangani kemungkinan berlakunya masalah bekalan air yang akan memberi impak kepada kehidupan harian rakyat tempatan.

Ini katanya, Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB), Laku Management Sdn Bhd (LAKU) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) telah diminta untuk bersedia mengambil tindakan termasuk bagi mengatasi isu tekanan air rendah.

“Kita juga akan melatakkan lori tangki air dalam keadaan siap sedia untuk dimobilisasikan.

“Jadi, kita akan menggerakkan semua lori tangki air ke kawasan terjejas sekiranya cuaca panas berlarutan,” kata beliau ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang dan Setiausaha Tetap MUT Sarawak Jafri Lias.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu menambah, MUT juga akan meningkatkan penyelerasan bersama agensi lain termasuk yang mempunyai lori tangki air seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menjamin pengagihan bekalan air secara menyeluruh kepada kawasan terkesan nanti.

Dalam pada itu, beliau berharap agar wakil rakyat dan agensi tempatan serta para pengguna segera melaporkan kepada MUT dan juga agensi-agensi terlibat sekiranya berlaku sebarang isu bekalan air di kawasan masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut atau bantuan diperlukan berkaitan bekalan air boleh dimajukan kepada agensi berkaitan seperti JBALB (082-262211), KWB (082-222222), SWB (013-8106311) serta LAKU di talian 085-426626 (Miri), 086-318160 (Bintulu) dan 085-215644 (Limbang).

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak berkunjung ke rumah Julaihi sempena Aidilfitri
Next: 55 menara SMART bersiaran menjelang perayaan Gawai Dayak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.