Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Murid SJKC Stampin hayati kepentingan pemeliharaan alam sekitar
  • PENDIDIKAN

Murid SJKC Stampin hayati kepentingan pemeliharaan alam sekitar

Utusan Sarawak 3 hours ago
SOPHIA Sik selepas menyampaikan ceramah mengenai kesan pencemaran plastik terhadap ekosistem kepada murid SJKC Stampin.

KUCHING: Seramai 60 murid yang terdiri daripada ahli Kelab Alam Sekitar dan Kelab Landskap Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Stampin menyertai Program Pemeliharaan Alam Sekitar bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar serta mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

Program yang berlangsung di sekolah itu pada Selasa lalu merangkumi sesi perkongsian mengenai kesan pencemaran plastik terhadap alam sekitar serta amalan lestari yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Program tersebut turut disertai oleh para guru.

Pegawai Hidupan Liar Pejabat Wilayah, Sophia Sik, menyampaikan ceramah mengenai kesan pencemaran plastik terhadap ekosistem, di samping berkongsi langkah-langkah mudah yang boleh diamalkan di rumah dan di sekolah bagi mengurangkan sisa plastik.

Selain sesi ceramah, murid turut menyertai projek mini dengan menghasilkan bata mesra alam menggunakan botol plastik terpakai yang dipadatkan dengan serpihan plastik yang telah dikumpulkan dari rumah sebulan lalu.

MURID memadatkan serpihan plastik ke dalam botol plastik terpakai bagi menghasilkan bata mesra alam yang akan digunakan untuk pembinaan bangku sekolah.

Guru penasihat, Lee Jing dan Chin Chew Lin, berkata bata mesra alam yang dihasilkan akan digunakan dalam pembinaan lima bangku di sekolah sebagai sebahagian daripada projek kelestarian.

Sementara itu, Guru Besar, Chong Siew Fong, berharap agar murid dapat menjadi ejen perubahan dengan menyebarkan kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar kepada keluarga dan rakan-rakan.

Program tersebut diharapkan dapat membudayakan amalan mesra alam dalam kalangan murid sejak di bangku sekolah, sekali gus menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar secara berterusan.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Kokurikulum, Hu Ching Yi, dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Candy Charles.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPM perkukuh audit sekolah, teliti insiden keselamatan secara berasingan – Fadhlina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.