Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mukah lubuk lahirkan pemain berbakat
  • SUKAN

Mukah lubuk lahirkan pemain berbakat

Utusan Sarawak 5 years ago
CERGAS… Jamal berjalan-jalan dengan yang lain pada di atas trek balapan Stadium Mukah petang Ahad.

STATUS Mukah sebagai  antara kawasan  yang sentiasa melahirkan pemain bolasepak berbakat di negeri masih utuh.

Ia berikutan beberapa pemain yang kini sedang bermain dengan pasukan belia negeri dan juga kelab bolasepak di Semenanjung Malaysia.

Menurut Jurulatih Pusat Cemerlang Zon Tengah Mukah, Jamal Wasli, antara yang kini sedang menempah nama di luar negeri ialah Sylvester Adan Ak Selly.

“Dia kini melanjutkan pelajaran di Malaysian Intergrated Business(MIB),Selangor dan bermain mewakili kolej tersebut. Dia juga dibawa jurulatihnya untuk bermain dengan pasukan Southern FC pada Liga Selangor, dan juga Pantai Timur FC di Liga Johor,” katanya.

Selain itu, kata Jamal, Syvester, juga mengikuti pimilihan skuad piala Presiden Negeri Perlis pada 2019  dan antara yang terpilih.

“Walau bagaimanapun, hastrat itu terbantut apabila saat-saat akhir berikutan semua pasukan Perlis termasuk pada Liga Malaysia tarik diri daripada MFL,”  ujarnya.

Tambahnya lagi, Sylvester adalah antara empat pemain dari Mukah yang menyertai  Piala Belia Bawah 19 Tahun Sarawak.

“Selain Sylvester, juga dalam skuad tersebut ialah Rozman Bahari, Melvin Jamil dan Mohd. Hazazi Harsi. Pemain-pemain lain dari kawasan kita ini mewakili pada Piala Presiden dan Piala Belia Bawah 19 Tahun Sarawak ialah Ikhmarrudin Jais, Alfonsus William dan Daniel Alfino,”  katanya lagi.

Manakala di peringkat senior, tidak lain tidak bukan ialah bekas Penjaga Gol Sarawak, Aidil Mohamad antara penjaga gawang terlama bersama pasukan negeri.

“Juga  pemain yang pernah menyarung jersi negeri  ialah penyerang pasukan Mukah,  Sufizal Ismail, “ tambah dia  lagi.

Justeru,  Jamal  yang juga  pernah menyarung  jersi Skuad Sarawak pada tahun 1983 hingga 1987, berharap lebih ramai lagi pemain muda muncul di peringkat negeri dan kebangsaan.

Jurulatih bola sepak sepenuh masa Pusat Cemerlang (PC) Zon Tengah Mukah di bawah Perbadanan Sukan Sarawak ini juga jurulatih PC Zon Tengah Mukah dari tahun 2014 hingga 2019, dan Penolong Ketua Jurulatih Belia U19 Sarawak pada tahun lalu.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Tetap bersama Harimau Malaya
Next: Mampukah Ajax kembali menggegar?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.