Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mukah kekal catat jumlah mangsa banjir tertinggi setakat pagi ini
  • SEMASA

Mukah kekal catat jumlah mangsa banjir tertinggi setakat pagi ini

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Mukah masih mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Sarawak walaupun angka keseluruhan di negeri ini menunjukkan penurunan.

Walaupun mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Sarawak, namun jumlah mangsa banjir di Mukah menunjukkan trend penurunan iaitu seramai 130 orang mangsa banjir telah mendaftar keluar dari pusat pemindahan sementara (PPS) di Mukah.

Setakat pagi ini, seramai 308 mangsa masih berada di PPS Mukah berbanding 438 orang yang direkodkan semalam.

Menurut laporan terkini juga daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak telah menurun kepada 609 orang berbanding 735 orang semalam serta 7 PPS masih aktif setakat pagi ini.

Selain Mukah, Miri turut mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi dengan 210 orang, diikuti Bintulu yang meningkat sedikit kepada 88 orang pagi ini berbanding 84 orang semalam.

Sementara itu, keadaan di Kuching, Samarahan, Serian, Betong, dan Sarikei terus menunjukkan pemulihan apabila tiada lagi mangsa banjir direkodkan ekoran keadaan cuaca hujan tidak lagi berterusan.

Pihak berkuasa akan terus memantau perkembangan semasa, terutama di Mukah, yang masih menjadi kawasan paling terjejas.

Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PBB: Jawatan kanan sayap Pesaka menang tanpa tanding, saingan untuk MT
Next: Tun Wan Junaidi luang masa bersama Jamaah Rabithah Alawiyyah Pahang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.