Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Muhammad Shah Firdaus sambar emas keirin elit, nafi cabaran hebat Azizulhasni
  • SUKAN

Muhammad Shah Firdaus sambar emas keirin elit, nafi cabaran hebat Azizulhasni

Utusan Sarawak 7 hours ago
PELUMBA berbasikal trek negara yang turut mewakili negeri Johor Muhammad Shah Firdaus Sharom meraikan kejayaan selepas beraksi pada acara akhir Keirin Elit Lelaki sempena Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional hari ini. Foto Bernama

NILAI: Pelumba Johor Muhammad Shah Firdaus Sahrom menafikan cabaran hebat jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk mengungguli acara keirin elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2026 di sini, hari ini.

Walaupun Mohd Azizulhasni cuba melakukan henjutan saat akhir, namun Muhammad Shah Firdaus tetap tenang dengan kayuhannya dan melintasi garisan penamat untuk menyambar emas pada saingan yang berlangsung di Velodrom Nasional.

Mohd Azizulhasni yang mewakili Team Azizul memenangi perak manakala gangsa milik Muhammad Fadhil Mohd Zonis dari Selangor.

Muhammad Shah Firdaus berkata beliau hanya melakukan pecutan pada pusingan akhir dan lega dapat menyekat kemaraan Mohd Azizulhasni, sekali gus kembali ke puncak podium selepas kali terakhir memenangi kejohanan kebangsaan pada edisi 2022.

“Dua pusingan pertama saya kekalkan kelajuan dahulu, namun apabila loceng berbunyi saya memecut sepenuhnya. Alhamdulillah saya berjaya raih nombor satu,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.

Dalam pada itu, Mohd Azizulhasni akur dengan kecemerlangan Muhammad Shah Firdaus walaupun sudah memberi sedaya upaya pada perlumbaan akhir acara kegemarannya.

Pemenang pingat perak keirin lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu pada masa sama mengucapkan tahniah kepada Muhammad Shah Firdaus dan gembira melihat lawannya kembali mendapat rentak menjelang Sukan Komanwel 2026 di Glasgow dan Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Sukan Komanwel 2026 dijadual berlangsung dari 23 Julai-2 Ogos manakala Sukan Asia 2026 pula dari 19 September-4 Oktober ini.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri membuktikan penguasaannya dalam acara keirin elit wanita untuk menghadiahkan emas buat Kedah.

Nurul Izzah Izzati menumpaskan Nur Alyssa Mohd Farid dari Johor yang merangkul perak dan pelumba Team Cahya Mata Anis Amira Rosidi terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

Nurul Izzah yang puas dengan kejayaan hari ini berharap dapat mengekalkan momentum untuk bersaing dalam acara pecut esok.

Kejohanan selama empat hari yang bermula semalam berakhir Jumaat ini.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sze Fei-Nur Izzuddin masih “dahaga” kejayaan
Next: Pengadil Somalia dihalang ke Piala Dunia dapat sambutan wira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.