
ALOR SETAR, 18 Mei -- Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kelihatan tersenyum ketika memulakan tugas pada hari pertama di Pejabat Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman hari ini. Muhammad Sanusi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14 di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Istiadat Perlantikan dan Angkat Sumpah yang berlangsung di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14 di hadapan Sultan
Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ngan kepercayaan majoriti Sanu- Sultan Badlishah pada Istiadat Perlantikan dan Angkat Sumpah yang berlangsung di Pejabat
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah. • Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas hari pertama beliau di Wisma Darul Aman di sini, semalam.
Ketibaan Muhammad Sanusi, 46, disambut Ketua Setiausaha Sulit beliau Datuk Armishah Siraj sebelum mengetip kad perakam waktu pada 8.43 pagi.
Beliau kemudian beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar kira-kira 10 minit sebelum memulakan tugas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu semalam selepas Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan pelantikannya.
Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Muhammad Sanusi mendapat sokongan majoriti ADUN.
Sebelum itu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta setelah kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini.– Bernama