Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Muhammad Irfan wakili Sarawak ke SUKMA, TBBC Sri Aman bangga lahirkan atlet berpotensi
  • SUKAN

Muhammad Irfan wakili Sarawak ke SUKMA, TBBC Sri Aman bangga lahirkan atlet berpotensi

Utusan Sarawak 1 hour ago
MUHAMMAD Irfan Mohamad Ishak satu-satunya petinju daripada Sri Aman yang terpilih mewakili SUKMA di Selangor nanti. Foto: TBBC Sri Aman.

​SIMANGGANG: Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Irfan Mohamad Ishak atas kejayaan beliau terpilih menyertai skuad tinju Sarawak. 

Pemilihan tersebut bakal menyaksi beliau beraksi di pentas berprestij kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 yang dijadualkan berlangsung di Selangor tidak lama lagi.

​Menurut kenyataan media TBBC Sri Aman hari ini menjelaskan, pencapaian luar biasa yang diraih oleh Muhammad Irfan ini merupakan satu pengiktirafan besar. 

Kejayaan ini juga membuktikan standard tinggi yang berjaya diterapkan oleh kelab berkenaan dalam melahirkan atlet tinju yang berwibawa di peringkat negeri.

​Pihak pengurusan TBBC Sri Aman menegaskan bahawa pemilihan slot ke SUKMA ini membuktikan hasil kerja keras, disiplin latihan yang ketat, semangat juang serta pengorbanan yang tinggi yang telah dicurahkan oleh petinju muda tersebut sepanjang berada dalam arena tinju.

​Kenyataan itu turut menambah bahawa tanggungjawab yang digalas oleh Muhammad Irfan kali ini amat besar kerana beliau bukan sahaja membawa nama diri sendiri ke gelanggang kebangsaan, malah memikul harapan seluruh warga kelab. Beliau turut membawa semangat TBBC, nama Sri Aman dan kebanggaan rakyat Sarawak secara amnya.

​Dalam pada itu, pihak kelab tidak melupakan barisan atlet lain yang telah bersama-sama melalui fasa latihan yang getir sebelum ini. 

TBBC Sri Aman turut menitipkan kata-kata semangat buat semua petinju lain, termasuk dua lagi petinju di bawah naungan kelab tersebut yang tidak terpilih bagi edisi SUKMA kali ini agar tidak berputus asa.

​Kekecewaan tidak terpilih dalam skuad utama itu seharusnya tidak dijadikan alasan untuk terus rebah. Pihak kelab mengingatkan para atlet bahawa kegagalan ini bukan penamat perjuangan, tetapi ia merupakan sebahagian daripada proses penting untuk membentuk diri menjadi lebih kuat, lebih matang dan lebih hebat pada masa akan datang.

​Sehubungan itu, pihak pengurusan menyeru agar kesemua petinju yang belum bertuah untuk meneruskan latihan dengan gigih, terus berjuang tanpa henti dan membuktikan kemampuan sebenar mereka di gelanggang dalam kejohanan-kejohanan lain yang mendatang.

​Prinsip dan falsafah kelab sentiasa menjadi pasak kekuatan buat setiap ahlinya. Di TBBC, seluruh warga kelab sentiasa percaya bahawa setiap peluh yang mengalir pasti ada hasilnya dan setiap perjuangan yang dilalui pasti akan ada waktunya untuk diraikan dengan kejayaan.

​Melalui kenyataan yang sama, kelab berkenaan menitipkan pesanan agar Muhammad Irfan terus melangkah ke hadapan dengan membawa semangat juang seorang petinju sejati demi merealisasikan impian memungut pingat emas untuk kontinjen Bumi Kenyalang.

​Pihak TBBC Sri Aman mendoakan semoga Muhammad Irfan berjaya mengharumkan nama Sarawak di pentas SUKMA ke-22 nanti. 

Sambil memberikan jaminan padu, mereka menegaskan bahawa seluruh keluarga besar TBBC akan sentiasa berdiri teguh di belakang beliau sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Kapten Son bawa impian zaman kanak-kanak ke Piala Dunia keempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.