Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • “Mudah-mudahan peruntukan ditambah” – Abang Johari
  • WILAYAH

“Mudah-mudahan peruntukan ditambah” – Abang Johari

Utusan Sarawak 2 years ago

SIDANG MEDIA... Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa sidang media yang diadakan Terminal Pertukaran Kru Lembaga Pelabuhan Miri di Pulau Melayu di Miri, semalam.

MIRI: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap Kerajaan Persekutuan akan menambah peruntukan untuk Sarawak dalam Bajet 2023 yang akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini.

“Mudah-mudahan peruntukan ditambah,tetapi apabila elaun pembangunan  Ahli Parlimen (MP) kita dikurangkan kepada RM1.3 juta, tidak boleh mengharapkan banyak ‘lah’.

“Tapi, saya rasa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek sekarang yang telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12,” katanya pada sidang media di Terminal Pertukaran Kru Lembaga Pelabuhan Miri selepas melawat tapak projek memperdalam saluran akses delta Batang Baram di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai harapan Sarawak untuk Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula pada 24 Februari ini.

Pada 3 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta, bertujuan mengawal kewangan negara dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang terpinggir daripada segi penerimaan peruntukan bajet daripada Kerajaan Persekutuan sebelum ini, Abang Johari berharap Perdana Menteri akan meneruskan impiannya untuk meningkatkan  peruntukan bagi ketiga-tiga  negeri ini.

“Saya tidak tahu kenapa Pulau Pinang dimasukkan juga. Pulau Pinang kata ia lebih maju daripada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Abang Jo mahu pandu sendiri ke Long Kevok
Next: Kerajaan Sarawak peruntukkan RM400,000 baiki sekolah di Mulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.