Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MRSM Betong bukti sekolah luar bandar mampu lakar kecemerlangan SPM
  • Tengah
  • WILAYAH

MRSM Betong bukti sekolah luar bandar mampu lakar kecemerlangan SPM

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Rubiah Wang pada Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada Pelajar Cemerlang SPM MRSM Betong 2025, semalam. Foto: MRSM BetongĀ 

BETONG: Kedudukan di kawasan luar bandar bukan penghalang untuk mencipta kejayaan apabila Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong membuktikan kemampuan melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pencapaian membanggakan yang diraih MRSM Betong membuktikan faktor geografi tidak seharusnya dijadikan alasan untuk membataskan kecemerlangan akademik pelajar.

Menurut beliau, walaupun berdepan cabaran digitalisasi serta kekangan tertentu yang lazim dihadapi sekolah luar bandar, warga MRSM Betong berjaya menunjukkan prestasi cemerlang hasil kesungguhan pelajar dan komitmen para guru.

“MRSM Betong berada di kawasan luar bandar dan berdepan pelbagai cabaran terutama dalam perkembangan teknologi yang memerlukan keupayaan digital.

“Namun, apa yang penting ialah sokongan guru yang sentiasa membantu pelajar mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada Pelajar Cemerlang SPM MRSM Betong Tahun 2025, di sini semalam.

DATUK Rubiah merakamkan gambar bersama barisan pendidik dan pelajar MRSM selepas tamat Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada Pelajar Cemerlang SPM 2025, semalam. Foto: MRSM Betong

Dalam peperiksaan SPM 2025, MRSM Betong mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 2.7195 dengan seramai 103 calon menduduki peperiksaan tersebut.

Daripada jumlah itu, seramai 15 pelajar memperoleh keputusan 8A dan ke atas, termasuk sembilan pelajar yang berjaya meraih keputusan A penuh.

Lebih membanggakan, pelajar Adzien Farel Haqimy Mohamad Azrul Azizie mencipta sejarah apabila muncul sebagai penerima keputusan 9A+ pertama dalam sejarah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) MRSM Betong.

Pada majlis berkenaan, seramai 15 pelajar cemerlang menerima sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik yang dicapai.

Program itu turut bertujuan menyuntik motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai keputusan cemerlang, sekali gus memupuk budaya persaingan sihat dan kecemerlangan berterusan dalam kalangan warga MRSM Betong.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Sri Aman selamatkan kucing terperangkap di siling rumah
Next: Polis siasat dua kes khianat kabel telekomunikasi di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.