Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Mr Keling Borneo 2025: Bina badan bertemakan budaya Iban
  • HIBURAN

Mr Keling Borneo 2025: Bina badan bertemakan budaya Iban

Utusan Sarawak 20 hours ago
SIDANG MEDIA… Datuk Snowdan Lawan memberi penerangan berkenaan ‘Mr Keling Borneo International 2025.’ 

PETRA JAYA: Pertandingan bina badan ‘Mr Keling Borneo International 2025’ bakal mencatat sejarah sebagai acara pertama seumpamanya di Sarawak yang menggabungkan elemen kebudayaan dan sukan moden.

Acara berprestij ini dianjurkan oleh Buda Gym dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, sebagai penghormatan kepada pahlawan legenda Iban, Keling Gerasi Nading, yang dikenali kerana keberanian dan kekuatan luar biasa.

Menariknya, para peserta pertandingan akan memperagakan otot sambil mengenakan pakaian tradisional Iban, atau ngepan, menyerupai watak legenda tersebut, dalam usaha merebut gelaran ‘Mr Keling Borneo International 2025.’

Sebanyak 100 atlet tempatan dan antarabangsa dijangka menyertai acara yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di The Summer Mall, Kota Samarahan.

Majlis sidang media pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan, yang menyambut baik penganjuran pertandingan unik ini.

“Acara ini secara tidak langsung mempromosikan budaya negeri kita, Sarawak, khususnya kepada peserta dan pelancong dari luar,” katanya dalam sidang media tersebut.

Pengasas Buda Gym, Buda Anchah pula mengajak orang ramai hadir memeriahkan acara berkenaan yang bukan sahaja mengetengahkan sukan bina badan, malah menjadi platform memperkenalkan keunikan budaya Sarawak kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Acara ini dijangka lebih meriah dengan kehadiran beberapa ikon sukan negara seperti Sapok Biki, Bonnie Bunyau, Ramos Sari, Ramles Sari, Watson Nyambek, Kilat Boy, Stanley Robert, Liaw Teck Leong dan Nolan Chee.

Menambah lagi keunikan acara, tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan turut serta memperagakan budaya dan pemakaian tradisional, sekali gus menyuntik elemen warna-warni dalam pertandingan ini.

Oleh Norman B.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Andmesh bakal temui peminat di Sabah Ogos depan
Next: PM terima kunjungan hormat Siti Nurhaliza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.