
SARATOK: Mahrajan al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQKNSS) Peringkat Bahagian Betong 2026 berlangsung meriah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Saratok semalam dengan menghimpunkan peserta terbaik dari seluruh zon dan sekolah sekitar Bahagian Betong.
Program tahunan itu menjadi medan mencungkil bakat pelajar dalam bidang tilawah al-Quran, hafazan, seni khat dan nasyid di peringkat sekolah rendah serta sekolah menengah.
Bagi acara Tilawah Sekolah Rendah kategori lelaki, johan disandang Muhammad Aryan Fikri Mohd Fadzli dari Zon Spaoh, manakala naib johan dimenangi Abang Muhammad Irfan Abang Muhammad Ismail dari Zon Saratok dan tempat ketiga milik Muhamad Sayzwan Yuswady dari Zon Kabong.

Kategori perempuan pula menyaksikan Hanan Basirah Jaraie dari Zon Kabong muncul johan, diikuti Zaidatulakmal Muhammad Ikmal Masin selaku naib johan dan Nur Aaliya Qaisara Mohammad Azlan dari Zon Saratok di tempat ketiga.
Dalam pertandingan Hafazan Sekolah Rendah kategori lelaki, Muhammad Rizqy Mohamad Hanizam dari Zon Kabong dinobatkan sebagai johan, sementara Shahfiras Shahrilnaim dari Zon Saratok muncul naib johan dan Fadlin Nurhan Bong Shakir Rafiqi dari Zon Spaoh di tempat ketiga.
Bagi kategori perempuan, Husna Lyly Mohd Hadi dari Zon Saratok merangkul gelaran johan, diikuti Nur Sofia Sofiyyah Humaira Zulkanain dari Zon Spaoh sebagai naib johan dan Damia Qarisha Hamden dari Zon Kabong di tempat ketiga.
Acara Seni Khat Sekolah Rendah kategori lelaki dimenangi Wafi Mohamad Younus dari Zon Saratok, manakala Mohammad Faiz Fiqri Aminallah dari Zon Betong muncul naib johan dan Muhammad Izyan Abdul Hashim dari Zon Pusa di tempat ketiga.
Kategori perempuan pula menyaksikan Fardatul Uzma Nukiman dari Zon Saratok bergelar johan, diikuti Siti Nornaziera Wahid dari Zon Pusa dan Qiezzathul Ain Musyadi dari Zon Kabong.
Dalam pertandingan Nasyid Sekolah Rendah, Zon Saratok berjaya muncul johan, diikuti Zon Pusa selaku naib johan, Zon Kabong di tempat ketiga dan Zon Debak di kedudukan keempat.
Sementara itu, bagi Tilawah Sekolah Menengah kategori lelaki, Muhammad Ismal Sharoni Abdul Manan dari SMK Pusa dinobatkan sebagai johan, manakala Muhammad Syhaquan Nazeri dari SMK Saribas muncul naib johan dan Muhammad Haris Rahullah Masthada dari SMK Bahasa Malaysia Saratok di tempat ketiga.
Kategori perempuan pula dimenangi Harleesya Azra Abdul Halim dari SMK Saribas, diikuti Qisya Nur Hawani Maslan dari SMK Bahasa Malaysia Saratok dan Adriana Afiqah Abu Hanifah dari SMK Agama Saratok.
Dalam acara Hafazan Sekolah Menengah kategori lelaki, Muhamad Aiman Haziq Abdul Hamid dari SMK Agama Saratok muncul johan, diikuti Alzam Rusyaidi Gani dari SMK Saribas dan Muhammad Qais Hakimi Mulyadi dari SMK Bahasa Malaysia Saratok. Bagi kategori perempuan, Putri Nur Lailatul Qadriah Azizuddin dari Kolej Vokasional Betong dinobatkan johan.
Acara Seni Khat Sekolah Menengah kategori lelaki pula dimenangi Umar Mohd Faried dari SMK Agama Saratok, manakala Awatif Damiera Sarbini dari SMK Pusa muncul johan kategori perempuan.
Bagi pertandingan Nasyid Sekolah Menengah, SMK Bahasa Malaysia Saratok berjaya menjuarai pertandingan, diikuti SMK Agama Saratok sebagai naib johan, SMK Pusa di tempat ketiga dan SMK Saribas di kedudukan keempat.
Kesemua hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri yang turut memuji komitmen guru serta pelajar dalam memartabatkan syiar Islam menerusi penganjuran MQKNSS di Bahagian Betong.
Oleh Adi Safarman