Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPS, polis pantau gerai tepi jalan
  • TEMPATAN

MPS, polis pantau gerai tepi jalan

Utusan Sarawak 5 years ago

SIBU: Peniaga di sekitar kawasan kampung di sini dinasihatkan supaya memasang papan tanda dan tidak membenarkan orang ramai datang untuk membeli makanan secara langsung.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horh berkata, terdapat kira-kira 10 pengusaha gerai tepi jalan di lima buah kawasan di sini.

Kawasan tersebut adalah di Simpang Tiga, Jalan Masjid, Kampung Hilir, Jalan Abang Barieng dan Jalan Bandong.

“Polis dan MPS akan terus menasihati para peniaga pada peringkat awal agar berhenti menjual secara langsung kepada orang ramai.

“Dari keluar membeli juadah berbuka mereka di gerai makanan, orang ramai seharusnya menggunakan perkhidmatan dalam talian,” katanya.

Menurutnya, MPS dan polis akan terus memberi nasihat dan penerangan kepada pengusaha gerai tepi jalan sekitar kawasan kampung di sini.

Semalam, Timbalan Pengerusi MPS Bujang Zainuddin Abdul Majid, Kaunselor Mohammad Abdullah Izkandar Roseley dan beberapa yang lain meneruskan pemantauan di sekitar kawasan Kampung Hilir, Simpang Tiga dan Kampung Datu Lama.

“Kita menjelaskan kepada mereka mengenai keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) baru-baru ini yang hanya membenarkan bazar dalam talian.

“Kita juga menasihati mereka menjual produk makanan menerusi atas talian dan ramai di antara mereka telahpun berbuat demikian,” tambah Ting.

Dalam pada itu, Ting turut meminta pengusaha makanan memakai topeng penutup mulut dan hidung dan sarung tangan ketika mengendalikan makanan  yang mereka jual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi berkata, polis akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan tiada sebarang urusan jual beli secara langsung dilakukan.

“Polis akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa di sekitar Sibu,” katanya.

Continue Reading

Previous: Pasukan perubatan China tiba di Kuching
Next: ‘Suntong Tutok’ juadah popular

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.