Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MPP, Bandar Yibin meterai MoU dalam pelbagai bidang
  • SEMASA

MPP, Bandar Yibin meterai MoU dalam pelbagai bidang

Utusan Sarawak 8 months ago
JALIN KERJASAMA… Tan Kai Tan Kai, dan Liao Wenbin menandatangani MoU hubungan bandar persahabatan antara MPP dan Bandar Yibin di Wilayah Sichuan, China.

SICHUAN (China): Majlis Perbandaran Padawan (MPP) kini menjalin hubungan bandar persahabatan dengan Bandar Yibin di Wilayah Sichuan, China, selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU), semalam.

Menurut Kementerian Pengangkutan menerusi satu kenyataan media, jalinan ini diwujudkan dengan sokongan Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin.

Katanya, MoU berkenaan ditandatangani oleh Pengerusi MPP, Tan Kai dan Datuk Bandar Yibin, Liao Wenbin dalam satu majlis yang diadakan di pejabat Kerajaan Rakyat Perbandaran Yibin.

Dalam ucapannya, Lee Kim Shin berkata bahawa cadangan untuk menjalin hubungan bandar persahabatan ini telah diusulkan semasa lawatannya ke Yibin tahun lalu.

“Usaha ini berjaya direalisasikan setelah mencapai kesepakatan dengan MPP setibanya di Sarawak.

“Kerajaan Sarawak giat membangunkan ekonomi digital dan hidrogen dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk mempromosikan penggunaan hidrogen untuk pengangkutan awam seperti ART.

“Bandar Yibin pula merupakan lokasi pengeluaran kenderaan ART ini, yang menjadi asas kukuh untuk kerjasama antara kedua-dua bandar,” katanya.

Beliau turut berharap agar MPP dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Yibin akan terus menjalinkan kerjasama erat dalam pelbagai bidang seperti budaya, pendidikan, ekonomi dan perdagangan, demi mencapai manfaat bersama.

Kenyataan sama menyatakan bahawa pada majlis tersebut, Tan Kai turut menjemput Datuk Bandar Liao Wenbin dan delegasi Yibin untuk menghadiri Forum Kerjasama Malaysia (Kuching)-China serta majlis makan malam Gala Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik, yang akan berlangsung di Kuching pada 17 hingga 20 Disember depan.

Katanya, acara ini dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Unit pertama ART Sarawak sedang diuji di China
Next: WorldSkills Lyon buka tirai: 15 belia Malaysia galas misi besar untuk negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.