Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MPKS anjur Kempen Beli Balik
  • TEMPATAN

MPKS anjur Kempen Beli Balik

Utusan Sarawak 6 months ago
KENANGAN… Ahli Majlis MPKS, Dr. Florince Christy bersama Pengerusi MPKS, Dato Peter Minos dan yang lain bergambar kenangan selepas sidang media Kempen Beli Balik Majlis Perbandaran Kota Samarahan di Bilik Mesyuarat MPKS, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) akan mengadakan Kempen Beli Balik di Pusat Hijau Komuniti dan Pasar Bandar Riyal pada 30 November 2024.

Ahli Majlis MPKS, Dr. Florince Christy berkata, inisiatif ini menandakan usaha MPKS untuk menggalakkan amalan pengurusan sisa yang mampan dan memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

“Kempen Beli Balik direka untuk menangani cabaran alam sekitar dengan menggalakkan pelupusan dan kitar semula sisa yang betul,” katanya pada sidang media Kempen Beli Balik Majlis Perbandaran Kota Samarahan di Bilik Mesyuarat MPKS di sini, hari ini.

Jelasnya, ia sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mencapai matlamat.

Dr. Florince berkata, empat objektif utama kempen ini adalah untuk mempromosikan kitar semula sebagai komponen penting dalam kehidupan lestari.

Selain itu, ia bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah dengan mengalihkan sisa kepada kemudahan kitar semula, sekali gus meminimumkan kemerosotan alam sekitar.

Ujarnya, kempen ini turut dijadikan sebagai platform pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan lestari dan kesan sisa terhadap alam sekitar.

“Kempen ini menyediakan ganjaran wang untuk barangan kitar semula, memberi insentif kepada penduduk untuk mengambil langkah aktif ke arah mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula,” katanya.

Tambah Dr. Florince, orang ramai digalakkan membawa pelbagai bahan kitar semula, termasuk peralatan elektrik, minyak terpakai, pakaian tidak diguna, dan barangan kitar semula yang lain.

Menurutnya, Kempen Beli Balik diwujudkan melalui kerjasama strategik dengan Persatuan Buddhist Tzu Chi, Pengurusan Sisa DNS dan Kim Huang Ent dalam menangani cabaran alam sekitar.

Menerusi bekerjasama dengan rakan kongsi ini, MPKS menyasarkan untuk mempamerkan kuasa perkongsian awam-swasta dalam memacu inisiatif alam sekitar.

Mengulas lanjut, Dr. Florince berkata Pengerusi MPKS, Dato Peter Minos menyatakan beliau menyokong seteguhnya terhadap kempen tersebut.

“Kempen Beli Balik mewakili satu langkah penting dalam usaha berterusan MPKS untuk mewujudkan Kota Samarahan lebih hijau dan bersih,” katanya.

Jelas Dr Florince, Dato Peter Minos juga menegaskan komitmen MPKS untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dan rakan kongsi komuniti untuk memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Justeru, beliau berkata MPKS menggalakkan semua penduduk untuk menyertai Kempen Beli Balik dan mengambil peluang untuk menyumbang secara positif kepada alam sekitar.
Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Inisiatif wang saku, komputer riba untuk pelajar, cerminkan komitmen kerajaan Sarawak
Next: Petani kecil di Sarawak kini mampu beli kereta secara tunai – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.