Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MP Mukah sumbang 626 bakul makanan
  • TEMPATAN

MP Mukah sumbang 626 bakul makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH …Pegawai Khas Pusat Khidmat Mukah, Almahakim Norshidi (dua, kanan) ketika menyerahkan bakul makanan kepada petugas di sebuah pusat berkaitan Covid-19 di Mukah.

MUKAH: Walaupun beliau tidak berada di tempat, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak tetap menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan di kawasannya.

Dato Hanifah Hajar Taib, yang juga merupakan Ahli Parlimen (MP) Mukah telah menyumbangkan sejumlah 626 bakul makanan baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, 473  diserahkan kepada PUI / PUS dan Petugas Di Pusat Kuarantin Kem Belia (QC Kem Belia), Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah Covid-19 Kem Belia Mukah (PKRC Kem Belia), Pusat Kuarantin Politeknik Mukah (QC Politeknik), Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah Covid-19 Politeknik (PKRC Politeknik), Sekatan Jalan Raya Jebungan (SJR) dan Sekatan Jalan Raya (SJR) Sempadan Daerah Dalat / Mukah.

Manakala,  153 bakul makanan lagi diagihkan kepada  Ketua Isi Rumah(KIR) di Kampung Bunut, Rumah (Rh) Rimong, Rh Panjang Asin, Rh Bija dan Rh Chok yang terkesan selepas Arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tempoh hari.

Sumbangan tersebut telah diselaraskan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian Mukah dan Pejabat Daerah Mukah, yang  diserahkan  kepada Ketua Kampung Bunut dan Tuai-Tuai Rumah di Kawasan Sebakong. 

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Pembangunan Tanjung Manis bukan sekelip mata
Next: JAMBATAN LINSUM SIAP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.