Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Motosikal terbabas, lelaki cedera
  • KEMALANGAN

Motosikal terbabas, lelaki cedera

Utusan Sarawak 3 months ago
MALANG TIDAK BERBAU… Kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Katibas, Song petang tadi. -Foto kredit PGO 

SONG: Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dalam satu kemalangan kendiri di hadapan bengkel Chua Brothers, Jalan Katibas, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.10 malam sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Anggota tiba di lokasi kejadian pada 7.13 malam dan mendapati berlakunya kemalangan kendiri.

“Maklumat daripada orang awam memaklumkan bahawa mangsa telah dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada operasi penyelamatan dijalankan dan pasukan bomba hanya melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

OLEH TARANI LANTING

BERHATI–HATI… Anggota bomba menjalankan operasi pembersihan minyak di Jalan Katibas, Song petang tadi. -Foto kredit PGO 

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dirempuh kereta
Next: Seorang lagi mangsa kanak-kanak hilang ditemukan lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.