Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MLNG turut bantu mangsa banjir Bintulu, sediakan kenderaan, petrol pindahkan penduduk ke PPS
  • WILAYAH

MLNG turut bantu mangsa banjir Bintulu, sediakan kenderaan, petrol pindahkan penduduk ke PPS

Utusan Sarawak 3 months ago

Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi menyampaikan sumbangan MLNG kepada wakil PPS bagi membantu mangsa banjir di Bintulu.

BINTULU: Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), anak syarikat Petronas menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Bintulu sejak hari pertama bencana melanda.

Bantuan yang disumbangkan meliputi bungkusan makanan dan minuman kepada 1,450 keluarga yang terjejas. 

Bukan itu sahaja, MLNG turut menyediakan bekalan petrol serta kenderaan bagi membantu pemindahan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sumbangan dihantar ke beberapa PPS utama termasuk Dewan Suarah Bintulu, PPS Balai Raya Jepak, dan PPS SMK Assyakirin Sungai Plan yang diserahkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG, Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi.

Bantuan turut disalurkan kepada petugas bilik gerakan di Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Pejabat Daerah Sebauh.

Menurut Syazwan, MLNG akan terus komited bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Bintulu.

“Kami akan sentiasa berusaha untuk membantu komuniti yang terjejas dan memastikan mereka mendapat bantuan yang diperlukan bagi meneruskan kehidupan seharian,” katanya.

Continue Reading

Previous: BDA sediakan dua tapak pelupusan sampah
Next: Roban kini ada mesin ATM/CRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.