Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Misi terakhir hantar bantuan makanan ke Ulu Anap dilaksana hari ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Misi terakhir hantar bantuan makanan ke Ulu Anap dilaksana hari ini

Utusan Sarawak 3 months ago

TATAU: Misi terakhir penghantaran bantuan makanan ke kawasan pedalaman Ulu Anap dilaksanakan hari ini menggunakan perkhidmatan helikopter Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU PDRM).

Helikopter AgustaWestland AW 139 yang dikendalikan oleh Kapten Superintenden Awang Hasbullah Awang Ghazali bersama Pembantu Juruterbang, Superintenden Siew Dugol membawa bekalan makanan bagi memastikan keperluan asas penduduk yang terputus hubungan akibat cuaca buruk dapat dipenuhi. 

Misi tersebut turut disertai Pemerhati Udara, Sarjan Inspektor Philip Negan dan Sarjan Mejar, Asrizal Alwi.

Ulu Anap yang terletak kira-kira 189 kilometer dari Bintulu hanya boleh diakses melalui perjalanan darat yang mengambil masa enam jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Penggunaan helikopter menjadi pilihan terbaik untuk mempercepat masa penghantaran bekalan ke kawasan terpencil itu.

Selain operasi udara, penghantaran bantuan ke kawasan terjejas banjir turut dilakukan melalui jalan darat dan sungai.

Ia dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Tatau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tatau/Sebauh, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi seumpama itu mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam memastikan kebajikan penduduk di kawasan terpencil semasa bencana tetap terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir kawasan Hilir Marudi terima 428 pek makanan
Next: Kerja pembinaan projek tebatan punca banjir kawasan berisiko rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.