Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Misi lahirkan cendekiawan diteruskan
  • TEMPATAN

Misi lahirkan cendekiawan diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
FOKUS… Datuk Dr. Abdul Rahman mendengar pandangan daripada warga pendidik semasa Mesyuarat Bersama Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai dan Biro Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching semalam.

KUCHING: Bidang pendidikan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai sentiasa ditingkatkan dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai golongan cendekiawan.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kewujudan Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai sejak enam tahun lepas antara usaha untuk memantapkan bidang pendidikan.

Menurutnya, dengan adanya badan tersebut, bidang pendidikan di Pantai Damai dapat diseragam dan meningkatkan interaksi antara pengurusan sekolah.

“Sejak badan ini diwujudkan, mudah untuk pengetua dan guru besar berinteraksi antara satu sama lain.

“Ia penting bagi memastikan pengurusan sekolah dapat memantapkan pengajian dan pembelajaran (P&P) dan dapat merujuk kepada sekolah yang cemerlang,” katanya selepas Mesyuarat Bersama Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai dan Biro Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai di SMK Tun Abang Haji Openg di sini semalam.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, fungsi badan tersebut juga ditambahbaik dengan membuka ruang kepada pengurusan sekolah untuk memainkan peranan lebih aktif.

“Ini bermakna pengurusan sekolah akan diberi kuasa untuk melaksana apa sahaja program yang memberi manfaat kepada bidang pendidikan,” ujarnya.

Menurutnya lagi, bidang pendidikan merupakan agenda penting yang diperjuangkannya sejak mula-mula menjadi wakil rakyat.

“Kita memperjuangkan usaha melahirkan seorang graduan dalam setiap keluarga,” jelasnya.

Hadir sama Pengerusi Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai, Affida Helmi dan Pengerusi Biro Pendidikan DUN N.4 Pantai Damai, Siti Suhaila Majdi.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Program gotong-royong perkukuh tabiat jaga kebersihan
Next: Pasar raya dikompaun gagal letak tanda harga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.