Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Misi bantuan mangsa banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Misi bantuan mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
BANTUAN… Pegawai dari Pejabat Pengurusan Bencana Daerah Selangau menyerahkan bantuan berupa makanan kepada salah seorang mangsa yang terjejas banjir. Foto DUN N. 59 Tamin

SELANGAU: Pejabat Daerah Selangau melancarkan misi bantuan bagi membantu penduduk yang terjejas teruk akibat banjir di Kampung Tajam, dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan tempatan.

Misi yang diketuai oleh Pegawai Daerah Selangau, Yalin Asan, turut melibatkan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangau, Pusat Khidmat DUN Tamin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pejabat Pengurusan Bencana Daerah Selangau.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Ir. Christopher Gira Sambang, usaha ini bertujuan memastikan penduduk yang terjejas mendapat bantuan sewajarnya.

“Saya akan berusaha membantu penduduk DUN Tamin yang terkesan akibat bencana ini dan memastikan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan daripada agensi berkaitan.

“Ini bukan masa untuk menuding jari, sebaliknya kita perlu bekerjasama dan saling membantu,” katanya ketika dihubungi.

Misi bantuan ini merangkumi pengagihan bekalan makanan, air bersih, serta keperluan asas kepada lebih 20 rumah panjang, dua rumah persendirian, dua sekolah iaitu SK Nanga Tajam dan SK Saint Mark, serta Klinik Kesihatan (KK) Nanga Tamin di Kampung Tajam.

Pengagihan bantuan kepada KIR terjejas sedang dijalankan di Pekan Stapang, dengan penghantaran tambahan akan dilakukan ke lokasi yang masih mengalami kesukaran akibat bencana.

“Kepada penduduk yang masih belum menerima bantuan, diharap dapat bersabar dan berdoa agar misi ini dapat dilaksanakan dengan lancar,” tambahnya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Air di kawasan Julau, Nanga Stras mulai surut
Next: Misi penghantaran bantuan keperluan makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.