
MIRI: Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri MCIDSFT edisi ke-13 bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025, menampilkan penyertaan pemancing dari pelbagai negara dan mengukuhkan kedudukan Miri sebagai destinasi utama sukan memancing laut dalam.
Majlis pelepasan rasmi kejohanan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew pada 20 Mei nanti.
Selain mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan memancing, kejohanan ini turut menyasarkan penyertaan seramai 100 pemancing.
Di samping itu, acara ini dijangka merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi tempatan melalui peningkatan jumlah pelawat serta aktiviti berkaitan.
Dengan pelbagai persiapan yang sedang dijalankan, MCIDSFT 2025 dijangka menjadi acara yang dinanti nantikan dan penuh cabaran. – UKAS