Minta bantuan bomba potong cincin di jari

Facebook
WhatsApp
LEGA....Cincin dijari mangsa berjaya dipotong oleh pihak bomba. Foto: BBP Sarikei

SARIKEI: Seorang lelaki terpaksa meminta bantuan bomba untuk menanggalkan cincin pada jarinya yang semakin sukar untuk dikeluarkan.

Lelaki itu datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei malam tadi dan mengadu kesakitan kerana jarinya kembang akibat cincin yang tidak lagi dapat ditanggalkan.

Ketua BBP Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, Ketua operasi, PBK I (KUP) Haron Jenai bersama empat anggota bomba membantu mangsa memotong cincin dan ia berjaya dilakukan.

“Cincin yang melekat dijari mangsa dapat dipotong menggunakan alat pemotong cincin. Dia datang sekitar 9.24 malam dan khidmat khas memotong cincin tamat sepenuhnya jam 9.48 malam,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Oleh Earl Anek

POTONG CINCIN….Anggota bomba memotong cincin yang melekat pada jari mangsa menggunakan alat pemotong cincin. Foto: BBP Sarikei