Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Miliki syabu 2.8 gram, lelaki 36 tahun ditahan di Kampung Mentung Berawan
  • JENAYAH

Miliki syabu 2.8 gram, lelaki 36 tahun ditahan di Kampung Mentung Berawan

Utusan Sarawak 13 hours ago
SEORANG lelaki berusia 36 tahun ditahan oleh pihak polis selepas didapati memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan di Kampung Mentung Berawan, Serian, hari ini. Foto: IPD Serian

SERIAN: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah disyaki syabu seberat 2.8 gram dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, hari ini.

Menurut kenyataan media IPD Serian, tangkapan dilakukan di Kampung Mentung Berawan hasil tindakan penguatkuasaan berterusan bagi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah berkenaan.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, ujian awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, sekali gus menyebabkan dia turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut, pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, selain tertakluk kepada pengawasan polis bagi tempoh yang ditetapkan oleh mahkamah.

IPD Serian menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan akan terus memperhebat operasi bagi mengekang kegiatan tersebut daripada terus menular dalam masyarakat.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian, akan mengambil tindakan tegas terhadap pengedar serta pengguna dadah berulang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan di bawah Seksyen 39C, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebatan sehingga tiga kali. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah dan ketum turut diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah dadah di daerah ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Operasi Bersepadu AADK, PDRM berjaya kesan dua individu positif ketum
Next: Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan hampir RM95,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.