Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Miasim 083 juarai Pertandingan Futsal Piala Datuk Mong Dagang
  • SUKAN

Miasim 083 juarai Pertandingan Futsal Piala Datuk Mong Dagang

Utusan Sarawak 1 month ago
JUARA… Datuk Mong Dagang merakam gambar bersama pasukan Miasim 083 semasa sesi penyampaian hadiah Pertandingan Futsal Datuk Mong Dagang DUN Bukit Begunan 2025, semalam. Foto Kelab Futsal Croc Empire

PANTU: Pasukan Miasim 083 muncul juara bagi Pertandingan Futsal Piala Datuk Mong Dagang Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan 2025 yang berlangsung di Gelanggang Futsal Gua, di sini semalam.

Dalam perlawanan akhir itu, pasukan Miasim 083 berjaya menewaskan pasukan Jago Bonito dengan jaringan 3-1.

Berikutan kemenangan tersebut, pasukan Miasim 083 membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, piala dan pingat manakala naib juara, Jago Bonito, membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala dan pingat.

Sementara itu, pasukan Artic FT dan Kampung Boy FT meraih tempat ketiga bersama apabila masing-masing tewas pada aksi separuh akhir, membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150 berserta pingat.

Sesi penyampaian hadiah pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang.

Sebanyak 11 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan itu, yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan serta mendapat sokongan padu daripada para penyokong yang hadir.

Pengerusi Kelab Futsal Croc Empire, Jafson Sumping turut merakamkan ucapan penghargaan kepada ADUN Bukit Begunan atas sokongan dan kepercayaan beliau dalam menganjurkan kejohanan ini.

“Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh ADUN Bukit Begunan kepada Croc Empire. Ini menjadi pemangkin semangat buat kami untuk terus menganjurkan lebih banyak program sukan pada masa akan datang,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Enrique tampil aksi memuaskan – Ken Nee
Next: Jadikan Sarawak sebagai kuasa sukan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.