Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mesyuarat SABERKAS Cawangan Meradongberlangsung dengan jayanya
  • Selatan
  • WILAYAH

Mesyuarat SABERKAS Cawangan Meradong
berlangsung dengan jayanya

Utusan Sarawak 5 months ago
UNTUK ALBUM…Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama exco SABERKAS Cawangan Meradong.

BINTANGOR: Mesyuarat Akhir Tahun Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Meradong 2024 berlangsung dengan jayanya.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Datuk Ding Koung Hiing.

Beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada exco SABERKAS Cawangan Meradong atas kejayaan menganjurkan pelbagai program di Daerah Meradong sepanjang tahun ini.

“SABERKAS Cawangan Meradong bergerak aktif tahun ini dengan pelaksanaan program yang melibatkan kerjasama erat bersama agensi kerajaan.

“Antaranya termasuklah Larian Baton SUKMA Sarawak Bahagian Sarikei, Program Keusahawanan anjuran SABERKAS Negeri Sarawak dan Program Hari Wanita di Pakan,” katanya pada mesyuarat tersebut, semalam.

Selain itu, katanya, SABERKAS Cawangan Meradong turut menganjurkan pelbagai aktiviti sukan seperti pertandingan bola sepak sebelah, futsal dan bola tampar melalui program Sukan KASUS.

“Sempena Pesta Meradong 2024, mereka juga mengadakan acara Mini Bike Gathering, E-Sports Mobile Legend dan pertandingan gusti lengan.

“Saya juga sangat gembira dengan kerjasama kukuh yang ditunjukkan oleh exco SABERKAS Cawangan Meradong yang dianggotai oleh wakil tiga kaum utama di sini iaitu Melayu, Iban dan Cina.

“Hubungan silaturahim yang erat ini menjadi kunci kepada kejayaan setiap program yang dianjurkan.

“Saya amat berbangga melihat perpaduan ini yang bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kaum, tetapi juga memperkukuhkan semangat kerjasama dalam menjayakan setiap inisiatif yang dirancang,” katanya.

Dalam pada itu, Koung Hiing berharap pada 2025, agar lebih banyak program dan aktiviti dapat dilaksanakan, khususnya yang melibatkan penglibatan belia tempatan.

Beliau juga menggesa lebih ramai golongan muda untuk menyertai SABERKAS dan memainkan peranan aktif dalam pembangunan komuniti.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong, Ley Chee Hua; Timbalan Setiausaha SABERKAS Cawangan Meradong, Azmi Tambi dan Setiausaha Program SABERKAS Cawangan Meradong, Amir Hamzah Mohamad Ladi.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SeDidik tingkatkan akses pendidikan awal kanak-kanak
Next: APM Selangau terus giat pantau kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.