Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mesyuarat Perwakilan Zon Betong PBB dijangka himpunkan 1,400 perwakilan
  • Tengah
  • WILAYAH

Mesyuarat Perwakilan Zon Betong PBB dijangka himpunkan 1,400 perwakilan

Utusan Sarawak 4 months ago

BETONG: Mesyuarat Perwakilan Zon Betong Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dijangka akan menghimpunkan seramai 1,400 perwakilan dari pelbagai cawangan yang berlangsung di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Sabtu ini.

Majlis itu akan dirasmikan oleh Premier Sarawak merangkap Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kira-kira 1,400 perwakilan dari 14 cawangan dijangka hadir pada Mesyuarat Perwakilan Zon Betong PBB, Sabtu ini nanti”Kami bersedia untuk menyambut tetamu daripada 14 cawangan PBB dalam penganjuran majlis besar kami ini.

“Persiapan kini sedang giat dijalankan,” katanya yang juga Timbalan Premier Sarawak.

Mesyuarat Perwakilan Zon Betong itu kata Uggah adalah yang terakhir daripada empat mesyuarat perwakilan cawangan PBB zon sebelum ini, selepas mesyuarat di Miri, Sibu dan Kuching.

Ia diadakan sebelum Konvensyen PBB Sarawak yang akan diadakan dari 14 hingga 16 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) Kuching nanti.

Turut bersama ialah Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Belia SABERKAS Daro agih bakul makanan kepada golongan memerlukan
Next: Tanah susur berlaku di Belaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.