Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Mesin bitumen terbakar, api berjaya dikawal dalam 14 minit
  • KEBAKARAN

Mesin bitumen terbakar, api berjaya dikawal dalam 14 minit

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja penyejukan di kawasan mesin bitumen serta bahan yang terbakar bagi memastikan tiada lagi sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

KUCHING: Tindakan pantas pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya mengawal kebakaran melibatkan sebuah mesin bitumen di sebuah kilang di Jalan Demak Laut awal pagi tadi, sekali gus mengelakkan api daripada merebak ke struktur bangunan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 4.59 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya, dengan bantuan BBP Padungan, digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi pada 5.16 pagi dan mendapati kebakaran hanya melibatkan sebuah mesin bitumen di dalam kawasan kilang milik Ibraco Ascent Sdn Bhd tanpa menjejaskan struktur bangunan.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula (SBM) daripada jentera bomba serta satu lagi aliran SBM daripada sistem bekalan air kilang.

“Selain mesin bitumen, kebakaran turut melibatkan bahan bitumen yang belum diproses serta bahan kapur yang berada di kawasan berkenaan dengan anggaran kemusnahan sekitar 15 peratus.

“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.30 pagi sebelum anggota menjalankan kerja-kerja penyejukan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran yang boleh mencetuskan api semula.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.34 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.” katanya.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Sebuah unit rumah panjang di Rh Udin musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.