Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mesin basuh terkecil di dunia
  • GLOBAL

Mesin basuh terkecil di dunia

Utusan Sarawak 7 months ago

Mesin basuh terkecil di dunia. Foto Ihsan Rekod Dunia Guinness (GWR)

WASHINGTON: Seorang lelaki dari India mempamerkan kemahiran kejuruteraan miniaturnya dengan mencipta mesin basuh terkecil di dunia yang berukuran hanya 1.28 inci panjang, 1.32 inci lebar, dan 1.52 inci tinggi.

Menurut United Press International (UPI), Rekod Dunia Guinness (GWR) mengesahkan bahawa mesin basuh hasil ciptaan Sebin Saji, yang lebih kecil daripada mainan haiwan peliharaan digital Tamagotchi, kini memegang gelaran sebagai mesin basuh terkecil di dunia.

Bagi memenuhi syarat rekod, Saji perlu membuktikan bahawa mesin basuhnya berfungsi dengan baik dan mampu menjalankan kitaran penuh – mencuci, membilas, dan mengeringkan.

Mesin basuh itu, yang diukur menggunakan angkup digital khas, hanya seberat 0.88 auns – melebihi berat dua biskut Oreo. – BERNAMA-UPI

Continue Reading

Previous: Mahkamah Brunei denda lelaki tempatan RM167,990 seludup rokok
Next: Indonesia sekat aplikasi e-dagang TEMU kerana pelanggaran peraturan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.