Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan
  • GLOBAL

Menteri Kesihatan New Zealand letak jawatan

Utusan Sarawak 5 years ago
CLARK umum letak jawatan selepas menerima kecaman teruk susulan tindakannya melanggar perintah berkurung dan mengkritik penjawat awam ketika berdepan Covid-19. • Foto AFP

WELLINGTON: Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark umum letak jawatan pada Khamis.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima kecaman teruk susulan tindakannya melanggar perintah berkurung dan mengkritik penjawat awam ketika negara dilanda Covid-19.

Pada pengumuman tersebut, Clark menyifatkan beliau telah memberikan komitmen penuh terhadap tugasnya.

Bagaimanapun, beliau akui tindakan untuk terus memegang jawatan akan mengganggu usaha kerajaan terhadap tindak balas Covid-19.

Sebelum itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata Clark boleh dipecat, namun perkara itu tidak dibuat ketika itu bagi mengelakkan gangguan terhadap usaha kerajaan melawan pandemik Covid-19.

Setakat ini, portfolio Kementerian Kesihatan disandang Menteri Pendidikan Chris Hipkins buat sementara waktu.-AFP

Continue Reading

Previous: Ratusan gajah mati secara misteri
Next: Singapura catat 169 kes baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.