Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mengadu sakit pinggang selepas motosikal bertembung kereta
  • KEMALANGAN

Mengadu sakit pinggang selepas motosikal bertembung kereta

Utusan Sarawak 2 years ago

BERTINDAK PANTAS... Anggota APM Limbang memberikan bantuan awal kepada mangsa kemalangan sebelum dihantar ke Hospital Limbang untuk mendapatakan rawatan lanjut.

LIMBANG: Seorang penunggang motosikal terbaring di bahu jalan mengadu sakit pinggang selepas bertembung dengan sebuah kereta di kawasan perumahan Ranggau di sini sekitar 4.59 petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi kejadian.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta dari arah Bandar menghala ke simpang Wisma Limbang gagal mengelak motosikal ditunggang mangsa dari arah Rangau yang juga menuju ke Bandar Limbang.

Akibat pertembungan itu, mangsa berusia 30 tahun yang beralamat dari Perumahan Ranggau di sini terbaring di bahu jalan, namun dilaporkan dalam keadaan sedar.  

“Skuad Alpha memberikan bantuan rawatan awal dan menghantar mangsa ke hospital menggunakan ambulans APM untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Rumah terbakar, persiapan 1 Syawal musnah  
Next: Lori tangki minyak diesel terbakar lepas rempuh treler

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.