Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mendiang Donald Lawan berjasa angkat martabat masyarakat Dayak
  • TEMPATAN

Mendiang Donald Lawan berjasa angkat martabat masyarakat Dayak

Utusan Sarawak 11 months ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas memberi penghormatan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan itu di Jalan Nyatoh 2B, Tabuan Supreme, hari ini. FotoANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Jasa mendiang Datuk Donald Lawan dalam mengangkat masyarakat Dayak menerusi perniagaan akan sentiasa dikenang, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Abang Johari, meskipun bergiat aktif dalam bidang politik, beliau juga turut melakar kejayaan dalam bidang perniagaan.

”Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam komuniti Dayak.

”Dan setahu saya, beliau juga berani mengambil risiko dalam setiap bidang yang diceburi namun semua risiko itu sudah diambil kira dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan itu di Jalan Nyatoh 2B, Tabuan Supreme di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari turut menyifatkan mendiang Donald sebagai seorang yang sangat kreatif dan sentiasa mempunyai pendekatan baik dalam bidang perniagaan.

”Baru-baru ini beliau ada berjumpa dengan saya dan bahkan dan berbincang berkenaan tenaga boleh diperbaharui.

”Mendiang merupakan seorang yang sangat kreatif dan sesungguhnya bukan masyarakat Dayak sahaja yang merasa kehilangan bahkan semua bumiputera kerana perginya seorang yang mempunyai pendekatan baik dalam perniagaan,” ujarnya.

Mendiang Donald menghembuskan nafas yang terakhir kerana masalah jantung sekitar 6.38 petang di salah sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Berita kematian beliau turut dikongsikan oleh anaknya yang juga ADUN Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan menerusi satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, Donald memenangi kerusi DUN Bukit Begunan atas tiket Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1987.

Mendiang berjaya menewaskan pencabar terdekatnya dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Dato Sri Daniel Tajem dengan majoriti tipis iaitu 59 undi.

Bagaimanapun pada PRN 1991, Donald gagal mempertahankan kerusi Bukit Begunan apabila kalah kepada Tajem yang memperoleh 534 undi majoriti.

Oleh Rynna Sha’erra

Continue Reading

Previous: Sarawak Metro tambah 55 lagi bas hidrogen
Next: Jangan layan komen negatif di media sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.