Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran
  • GLOBAL

Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran

Utusan Sarawak 3 years ago

Perdana menteri baharu Itali, Giorgia Meloni memberi reaksi semasa upacara penyerahan loceng menteri kabinet di Palazzo Chigi di Rom pada 23 Oktober 2022. Beliau menerima mandat membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi 26 peratus undi dalam pemilihan baru-baru ini dan melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama yang mengetuai kerajaan di Itali. Foto AFP

ROM: Perdana menteri baharu Itali, Giorgia Meloni pada Ahad menyeru semua pihak bersatu-padu untuk mendepani pelbagai cabaran”, lapor agensi berita Xinhua.

Meloni, ketua parti Brothers of Italy yang berhaluan kanan menerima mandat membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi 26 peratus undi dalam pemilihan baru-baru ini.

Pada pemilihan itu partinya bergabung dengan parti Forza Italia pimpinan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi dan Liga Eurosceptic yang diketuai Matteo Salvini, kedua-duanya memperoleh lapan peratus undi .

“Kita mesti bersatu untuk mendepani pelbagai kecemasan yang dihadapi negara,” kata Meloni pada mesyuarat Majlis Menteri pertamanya.

Menurut laporan media, Meloni merujuk kepada peningkatan kadar inflasi, kelembapan ekonomi, kekurangan tenaga semasa musim sejuk dan kesan berterusan konflik antara Rusia dan Ukraine.

Kerajaan Meloni masih perlu menjalani dua lagi proses sebelum mengambil alih kuasa secara rasmi iaitu meluluskan undi percaya di kedua-dua dewan parlimen yang mungkin akan diadakan pada minggu ini.

– Bernama

Continue Reading

Previous: Pesawat Korean Air tersasar landasan 
Next: Ekonomi China berkembang 3.9 peratus 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.