Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Media tulang belakang kerajaan sebar maklumat   
  • SEMASA

Media tulang belakang kerajaan sebar maklumat   

Utusan Sarawak 3 months ago
PARA media merakam kenangan bersama Datuk Len Talif Salleh pada majlis makan malam bersama media di Star on Stage, malam tadi.
Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Media berperanan sebagai tulang belakang dalam menyebarluaskan maklumat kerajaan kepada masyarakat, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. 

Beliau menegaskan bahawa hubungan erat antara media dan kerajaan perlu terus diperkukuh bagi memastikan setiap maklumat yang disampaikan tepat, jelas dan bermanfaat kepada rakyat.

“Media bukan sekadar melaporkan berita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan kefahaman masyarakat terhadap dasar serta inisiatif kerajaan,” katanya dalam ucapan pada majlis makan malam bersama media di Star on Stage, malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada media atas liputan menyeluruh terhadap Perhimpunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini.

“Saya amat menghargai kerjasama pihak media dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, terutamanya dalam memastikan agenda pembangunan kerajaan difahami dengan jelas,” tambahnya.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan penyertaan 21 agensi media, selain 28 cabutan bertuah sebagai tanda penghargaan kepada tetamu yang hadir.

LenTralif berharap agar sinergi antara media dan kerajaan terus diperkukuh demi memastikan penyebaran maklumat lebih berkesan kepada rakyat.

Majlis tersebut juga menyaksikan penyampaian cenderamata oleh Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Zulazhar Sheblee kepada Len Talif sebagai tanda penghargaan.

Oleh Masrin Affirah & Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Berpegang kepada pepatah asas PRS terus relevan dalam politik Sarawak
Next: Sarawak komited tangani isu perubahan iklim demi pembangunan mampan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.