Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MDL bakal denda individu buang kucing
  • TEMPATAN

MDL bakal denda individu buang kucing

Utusan Sarawak 4 years ago
SAYANGI HAIWAN… Suffian bersama sebahagian kakitangan MDL dalam usaha menubuhkan pusat perlindungan kucing di Limbang.

LIMBANG:Majlis Daerah Limbang (MDL) akan mengambil tindakan  tegas termasuk mengenakan kompaun kepada  segelintir individu yang membuang atau meninggalkan kucing sesuka hati di bandar ini.

Menurut Walikota MDL Kaunselor Sufian Mohat, dasar berkaitan kompaun terhadap perbuatan membuang atau meninggalkan kucing sesuka hati akan diperkenalkan pihaknya di Limbang selepas  kertas kerja dirangka untuk dibentang dalam Mesyuarat Penuh MDL tidak lama lagi.

Dasar ini akan diperkenalkan untuk memberi kesedaran kepada  orang ramai agar  tidak membuang   kucing sesuka hati.

“Kita juga tidak teragak-agak untuk  mengenakan kompaun dan tindakan tegas atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu,”katanya ketika ditemui media selepas  Program Sayangi Kucing Jalanan anjuran Jawatankuasa Pelancongan, Pendidikan dan pembangunan Komuniti, MDL, Bersama Veterinar dan  Cat Rescue Club (CRT) semalam.

Hadir sama Pengerusi  Jawatankuasa Pelancongan, Pendidikan dan Pembangunan Komuniti Kaunselor Frederick Lalong dan wakil Setiausaha MDL Mohammad Syamil Jumain.

Suffian turut memaklumkan pihaknya menerima aduan hampir setiap hari berkaitan najis kucing khusus di kawasan bangunan Tamu Limbang,  kawasan milik MDL  dan  kawasan terbuka yang merupakan lokasi serta tumpuan haiwan itu  mencari makanan.

Katanya orang ramai tidak seharusnya  membuang kucing di kawasan awam, sebaliknya usahakan  memberi haiwan tersebut   kepada orang yang mahu menjaga kucing.

“Kita mahu orang ramai mempunyai sifat sayang kepada kucing,”katanya.

Menurutnya MDL merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terawal menjalankan program tersebut di negeri ini dan ia sudah dijalankan di beberapa  negeri di Semenanjung seperti Perlis dan Kedah.

Katanya masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak mempunyai kesedaran  terhadap kucing  dengan membuang  haiwan itu  di bandar ini.

“Oleh sebab itu, atas nasihat orang ramai CRT ditubuhkan untuk memastikan Limbang bersih,  selain bekerjasama dengan pihak veterinar  untuk memastikan  kucing dijaga  dan diselamatkan sekali gus menjaga aspek kebersihan  bandar dan kawasan di bawah  PBT,”ujarnya.

Bagi tujuan itu MDL jelasnya menyediakan satu kawasan kurungan sementara  untuk menampung 30 ekor kucing saja.

“Pada masa sama, orang ramai digalak  menyumbang makanan atau wang tunai ke MDL, atau CRT selain  membantu  menjaga dan membersihkan haiwan itu,”jelasnya.

Continue Reading

Previous: T&T bantu masyarakat celik teknologi, inovasi, digital
Next: Pembangunan luar bandar diutamakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.