Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MDEC perkukuh lembaga pengurusan
  • BISNES

MDEC perkukuh lembaga pengurusan

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff

KUALA LUMPUR: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) memperkukuhkan lembaga pengurusannya untuk meningkatkan lagi transformasi Malaysia ke arah ekonomi digital.

Pengerusi baharunya, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, lembaga pengurusan memainkan peranan penting dalam membentuk visi MDEC, dan menekankan keperluan untuk membawa individu yang sesuai dari industri dalam perbadanan.

Ini termasuk menetapkan tadbir urus yang betul dan visi yang tepat dengan ahli lembaga yang sesuai, katanya.

“Saya sedang memperkukuhkan lembaga. Nama-nama yang saya cadangkan – yang telah dipersetujui oleh Menteri – semuanya berusia pertengahan 40-an dan berjaya dalam bidang masing-masing.

“Mereka mempunyai pengalaman yang luas dan kami membawa mereka ke dalam lembaga,” katanya semasa program bual bicara Bernama TV, The Nation, yang disiarkan awal semalam.

Beliau berkata, MDEC mampu menerajui transformasi digital negara, sambil menambah bahawa usaha capaian perbadanan dapat ditingkatkan dan diperkukuh berdasarkan peranannya dalam meningkatkan ekonomi digital negara.

Rais Hussin dilantik sebagai Pengerusi MDEC pada 15 Jun, menggantikan Datuk Mathialakan Chelliah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pergerakan harga MSM dipengaruhi pasaran Petroleum
Next: Sambung semula projek pembinaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.