Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC pertimbang tindakan kawal selia terhadap ABSB
  • NASIONAL

MCMC pertimbang tindakan kawal selia terhadap ABSB

Utusan Sarawak 2 years ago

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen harus mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan di dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mempertimbangkan tindakan kawal selia ke atas pihak Awesome Broadcasting Sdn Bhd (ABSB) susulan kemungkinan pelanggaran Seksyen 36 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebarang operasi penyiaran oleh stesen televisyen harus mematuhi peraturan dan syarat lesen yang ditetapkan di dalam Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan CASP (I).

“MCMC memandang serius berhubung pematuhan pelesenan dan komited memastikan tahap pematuhan para pemegang Lesen CASP (I).

“Kegagalan untuk berbuat demikian adalah merupakan satu kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” menurut MCMC.

Pada 21 Februari lepas, MCMC dilaporkan membuka satu kertas siasatan terhadap saluran televisyen tempatan, Awesome TV, susulan laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Siasatan dibuka di bawah Seksyen 206 AKM 1998 iaitu kegagalan mematuhi syarat lesen. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Next: Lebih 70 peratus aset, dana 1MDB diperoleh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.