Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MBSB Bank tawar hadiah RM3 juta menerusi kempen SBMB 3.0
  • BISNES

MBSB Bank tawar hadiah RM3 juta menerusi kempen SBMB 3.0

Utusan Sarawak 1 year ago

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Bhd (MBSB Bank) telah melancarkan kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ Casa-i (SBMB 3.0) yang menawarkan nilai keseluruhan hadiah berjumlah RM3 juta, bermula 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024.

Ketua Pegawai Operasi Jesleigh Johari dalam kenyataan media berkata SBMB 3.0 merupakan kesinambungan daripada kempen SBMB dan SBMB 2.0 sebelum ini yang mendapat sambutan mengalakkan. 

“Menerusi kempen ini, MBSB Bank bukan sahaja dapat terus menyantuni pelanggan setia kami, malah dapat memperluaskan kumpulan sasar dan memperkenalkan produk-produk baharu yang menarik dan berdaya saing.

“Pelanggan hanya perlu membuka Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i PrimeWin dengan deposit minimum RM100 untuk layak menyertainya. Oleh itu sesiapa sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah- hadiah menarik yang ditawarkan melalui kempen ini,” katanya. 

Antara hadiah yang ditawarkan ialah Porsche Macan, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC, Harley Davidson Road Glide, pakej percutian, wafer emas, jam tangan jenama Apple, wang tunai dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, MBSB Bank juga turut menganjurkan kempen Deposit Bertempoh-i ‘CNY Combo Promo’ yang menawarkan pulangan kompetitif bermula dari 15 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024. – Bernama

Continue Reading

Previous: AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
Next: Bursa Malaysia dijangka kekal dalam fasa konsolidasi minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.