Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBKS cadang pendaftaran wajib anjing di tapak binaan bagi tangani isu pengabaian
  • Selatan
  • WILAYAH

MBKS cadang pendaftaran wajib anjing di tapak binaan bagi tangani isu pengabaian

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng ketika ditemui media selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menyempurnakan majlis pelepasan PET WALK 2.0, di Kuching, hari ini. Foto Ukas

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) sedang merangka dasar baharu yang mewajibkan pendaftaran serta bayaran deposit bagi anjing di tapak pembinaan, sebagai langkah menangani isu pengabaian haiwan selepas projek siap.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, berkata cadangan itu kini di peringkat penggubalan susulan kebimbangan terhadap amalan segelintir pihak yang meninggalkan anjing penjaga sebaik kerja pembinaan berakhir.

Menurutnya, melalui mekanisme pendaftaran dan deposit, pemilik atau kontraktor akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kebajikan haiwan berkenaan, termasuk memastikan ia tidak ditinggalkan.

SEKITAR suasana majlis pelepasan PET WALK 2.0, di Kuching, hari ini. Foto Ukas

“Kita mahu haiwan ini terus dijaga dengan baik. Jika dipindahkan ke tapak lain, ia perlu dibawa bersama, bukan ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menyempurnakan majlis pelepasan PET WALK 2.0, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, MBKS turut meneliti cadangan pembangunan taman mesra haiwan peliharaan sebagai inisiatif menyediakan ruang rekreasi bersama dalam persekitaran terkawal.

Katanya, cadangan itu mengambil kira keperluan komuniti serta pandangan pihak berkepentingan termasuk Sarawak Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SSPCA), di samping memastikan aspek keselamatan awam diberi keutamaan, khususnya berkaitan isu rabies.

“Pelaksanaan taman mesra haiwan ini memerlukan kajian terperinci termasuk tinjauan awam serta prosedur ketat seperti pengesahan vaksinasi sebelum haiwan dibenarkan berada di kawasan tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha itu selari dengan komitmen kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam menangani rabies secara bersepadu, sekali gus menuntut kerjasama serta tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan. – Ukas

Continue Reading

Previous: SPM 2025: GPD 3.69, kelayakan sijil 97.59 peratus bukti komitmen warga pendidikan Sarikei
Next: Kerjasama komuniti penting sokong pendidikan awal kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.