Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SPM 2025: GPD 3.69, kelayakan sijil 97.59 peratus bukti komitmen warga pendidikan Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

SPM 2025: GPD 3.69, kelayakan sijil 97.59 peratus bukti komitmen warga pendidikan Sarikei

Utusan Sarawak 5 hours ago
WARGA PPD Sarikei bergambar bersama Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Pencapaian Gred Purata Daerah (GPD) 3.69 dengan kadar kelayakan sijil mencecah 97.59 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 membuktikan komitmen tinggi seluruh warga pendidikan Daerah Sarikei dalam memperkasa kecemerlangan akademik pelajar.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata pencapaian tersebut bukan sekadar angka, sebaliknya manifestasi usaha bersepadu sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan komuniti setempat.

“Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pejabat pendidikan daerah (PPD), dengan GPD 3.69 dan kadar kelayakan sijil yang mencecah 97.59 peratus, ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi merupakan manifestasi kehebatan, peluh dan air mata seluruh warga pendidikan Sarikei yang selayaknya kita raikan dengan penuh bangga dan sorakan semangat pada malam ini.

“Kejayaan ini membuktikan satu perkara: apabila sekolah, PPD dan komuniti bergerak sebagai satu unit yang padu, hasilnya pasti luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Citra Kecemerlangan SPM 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei, baru-baru ini.

Tiong Sii turut menyifatkan pencapaian tersebut sebagai hasil perpaduan kukuh seluruh warga pendidikan sehingga menjadikan nama PPD Sarikei sebagai antara ikon kecemerlangan pendidikan yang disegani di Sarawak.

TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan kepada pegawai pendidikan Daerah Sarikei, Lau Ngie Tung. Foto Pusat Khidmat Repok

“Ibarat akar yang menguatkan pokok, perpaduan kita telah membuahkan hasil yang amat membanggakan sehingga saya sendiri tersenyum setiap kali mendengar pujian terhadap tahap pendidikan di daerah kita ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang sentiasa menyalurkan pelbagai inisiatif pendidikan termasuk bantuan tambang penerbangan, komputer riba percuma serta baucar buku kepada pelajar.

Tambahnya, bermula 2026, lepasan SPM yang layak berpeluang melanjutkan pengajian secara percuma di institusi milik kerajaan Sarawak seperti Universiti Swinburne, Universiti Curtin (Miri), Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Kolej Universiti i-CATS.

“Ini satu hadiah bermakna daripada kerajaan Sarawak sebagai pemangkin untuk anak-anak kita terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

“Kepada para guru, anda ialah arkitek masa depan. Pengorbanan dan komitmen anda merupakan tunjang utama kepada kecemerlangan Sarikei dan Sarawak yang kita cintai,” katanya lagi.

Beliau turut menyumbangkan dana sebanyak RM30,000 kepada PPD Sarikei untuk aktiviti tahunan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Siti Zulaiha Ibrahim dan pegawai pendidikan Daerah Sarikei, Lau Ngie Tung.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 25 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
Next: MBKS cadang pendaftaran wajib anjing di tapak binaan bagi tangani isu pengabaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.