Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MBKS ambil tindakan segera
  • TEMPATAN

MBKS ambil tindakan segera

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMERIKSAAN…Dato Wee Hong ketika melakukan lawatan dan memeriksa keadaan jalan yang bermasalah di Persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Foochow, semalam.

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengambil tindakan segera mengenai aduan orang ramai tentang keadaan jalan di Persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Foochow.

MBKS telah membawa masalah tersebut kepada ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam masa terdekat.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng bersama para kounselornya Goh Tze Hui, Kho Teck Wan dan Chai Ju Loon serta Penghulu Tan Tuan Woo telah mengadakan lawatan dan memeriksa keadaan jalan di persimpangan tersebut petang semalam.

Menurut Wee, JKR Sarawak sedang menunggu laporan pembetulan kontraktor sebelum menyusun rancangan pemulihan.

“Keadaan jalan yang bergelombang itu sudah ada di sana selama setahun dan perlu diselesaikan secepat mungkin. 

“Ia menjadi salah satu perhatian utama kita di pihak MBKS dan kita akan terus memantau perkembagan lanjut mengenai perkembangan semasa jalan tersebut melalui JKR, dan kemudian memberi maklum balas kepada masyarakat umum,” jelasnya.

Sementara itu, Goh  Tze Hui menjelaskan bahawa bahagian jalan itu diturap dengan simen untuk mengelakkan kawasan itu tenggelam.

Walau bagaimanapun, menurutnya mungkin terdapat beberapa kecuaian dalam proses pembinaan jalan raya, sehingga permukaan jalan tidak rata.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Penguang bantu baiki rumah penduduk
Next: Lapan rakyat Sarawak selamat pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.