Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe bawa Perancis ke separuh akhir selepas tewaskan Maghribi 2-0
  • SUKAN

Mbappe bawa Perancis ke separuh akhir selepas tewaskan Maghribi 2-0

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENYERANG nombor 10 Perancis, Kylian Mbappe meraikan jaringan gol pertama pasukannya semasa perlawanan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Boston di Foxborough pada 9 Julai 2026. Foto AFP

FOXBOROUGH: Kylian Mbappé menebus kegagalan menyempurnakan sepakan penalti apabila menjaringkan gol pembukaan untuk membantu Perancis menewaskan Maghribi 2-0 dalam aksi suku akhir Piala Dunia FIFA 2026, sekali gus mara ke separuh akhir.

Mbappe terlebih dahulu mensia-siakan peluang menerusi sepakan penalti pada babak pertama apabila percubaannya mudah diselamatkan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.

Bagaimanapun, penyerang Real Madrid itu bangkit menebus kesilapan dengan meledak jaringan menarik pada minit ke-60 menerusi rembatan lencong dari luar kotak penalti untuk meletakkan Perancis di hadapan.

PEMAIN tengah Perancis #18 Warren Zaire-Emery dan pemain pertahanan Maghribi #26 Anass Salah-Eddine berebut bola semasa perlawanan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Boston di Foxborough pada 9 Julai 2026. Foto AFP.

Gol itu merupakan jaringan kelapan Mbappe dalam kejohanan kali ini, sekali gus menyamakan kedudukan dengan Lionel Messi dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan.

Sebelum dikeluarkan pada penghujung perlawanan akibat kecederaan ringan di buku lali kanan, Mbappe turut mencipta bantuan gol buat Ousmane Dembélé yang menyempurnakan peluang pada minit ke-66 untuk mengesahkan kemenangan Perancis di hadapan 63,811 penyokong di Stadium Gillette.

Kemenangan itu menyaksikan Perancis sekali lagi menyingkirkan Maghribi di pentas Piala Dunia selepas turut menewaskan pasukan Afrika itu pada separuh akhir edisi 2022 di Qatar.

PEMAIN Perancis meraikan kejayaan mereka selepas memenangi perlawanan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 menentang Maghribi di Stadium Boston di Foxborough pada 9 Julai 2026. Foto AFP.

Skuad kendalian Didier Deschamps kini akan berdepan sama ada Sepanyol atau Belgium pada aksi separuh akhir di Dallas, Selasa depan.

Perancis, juara dunia 2018 dan naib juara pada 2022, kini memburu penampilan ketiga berturut-turut di pentas final Piala Dunia.

PEMAIN pertahanan Maghribi #02 Achraf Hakimi dan penyerang Perancis #10 Kylian Mbappe berebut bola semasa perlawanan suku akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 antara Perancis dan Maghribi di Stadium Boston di Foxborough pada 9 Julai 2026. Foto AFP.

Mbappe terus mempamerkan sentuhan berbisa apabila kini mengumpul 20 gol daripada 20 penampilan di Piala Dunia, hanya satu jaringan di belakang rekod keseluruhan Messi yang meledak 21 gol.

Maghribi, yang turun tanpa tonggak utama Ismael Saibari akibat kecederaan, memberi tentangan sengit namun gagal memanfaatkan beberapa peluang, sekali gus menyaksikan Perancis mengekalkan rekod tanpa dibolosi dalam tiga perlawanan kalah mati berturut-turut. – AFP

Continue Reading

Previous: Piala Dunia diperluas 48 pasukan; Cerita lama berulang apabila Eropah menguasai suku akhir
Next: Deschamps puji Mbappe selepas bawa Perancis ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.