Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mayat lelaki jatuh sungai ditemui
  • TEMPATAN

Mayat lelaki jatuh sungai ditemui

Utusan Sarawak 5 years ago
MAYAT DITEMUI… Mangsa lemas yang terjatuh dari kapal di Sungai Sarawak pada Rabu ditemui terapung di Baraj Sungai Sarawak, semalam.

KUCHING: Mayat seorang lelaki warganegara India yang terjatuh dari kapal di Sungai Sarawak pada Rabu lalu berdekatan Jalan Dermaga, Bintawa, ditemui di pintu Baraj Sungai Sarawak, semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Santosh Kumar, 23, dipercayai mati lemas dan mayatnya ditemui terapung oleh orang awam sekitar 8.48 pagi.

“Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) terus ke lokasi penemuan tersebut dan pihak Bomba telah mengambil mayat mangsa dan membawanya ke Pos Kawalan Bomba.

“pengecaman mayat mangsa dilakukan dan disahkan oleh penyelia di tempat dia bekerja,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tambahnya, operasi SAR ditamatkan pada jam 9.30 pagi dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, mangsa yang merupakan anak kapal terjatuh sekitar 3.12 petang iaitu selepas lebih kurang 15 minit bertolak dari jeti Sheng menuju ke Baraj Kuching.

Usaha awal bagi menyelamat dengan membaling pelampung ke arah mangsa gagal memandangkan manga terus tenggelam.

Laporan berhubung kejadian telah dibuat di balai polis berhampiran dan operasi SAR dilancarkan sejurus selepas itu.

Continue Reading

Previous: Waspada pelawat kembali dari Sabah
Next: Goh zahirkan penghargaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.