Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mayat bayi perempuan dibuang tepi jalan
  • NASIONAL

Mayat bayi perempuan dibuang tepi jalan

Utusan Sarawak 5 years ago
MAYAT bayi perempuan yang baru dilahirkan dan cukup sifat ditemui dalam beg plastik di tepi jalan di Bukit Dinding, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan cukup sifat ditemukan  di dalam  beg kertas yang ditinggalkan di tepi jalan raya di Seksyen 6 Wangsa Maju di sini, pada Ahad lalu.

Bayi malang yang masih bertali pusat itu ditemukan  orang awam  sekitar jam 10 pagi dalam keadaan dibalut dengan kain berwarna coklat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata, berdasarkan maklumat saksi awam,  seorang lelaki dan wanita dilihat meletakkan beg berkenaan di tepi jalan itu.

“Sebelum penemuan itu, sekitar jam 9.30 pagi, saksi yang melihat kejadian tersebut  berkata kedua-dua individu berkenaan  menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hitam dan pembonceng (wanita) itu meletakkan beg kertas sebelum mereka bergegas meninggalkan lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, saksi tidak dapat mengecam muka dan bangsa kedua-dua suspek itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Rajab berkata, mayat bayi telah dibawa ke Unit Forensik HKL untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen  318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkannya kepada ASP G. Stephen  (Pegawai Penyiasat) di talian 016-376 7390 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460522 samb. 584/585 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tarikh pergerakan rentas sempadan belum ditetapkan
Next: Pelajar IPTS, IPTA balik kampung mulai malam Isnin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.