Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Matrixx United 1, Libra B juara futsal
  • SUKAN

Matrixx United 1, Libra B juara futsal

Utusan Sarawak 3 years ago

JUARA KATEGORI LELAKI… Pasukan Matrixx United 1 dinobat sebagai johan di Kejohanan Futsal Kategori
Lelaki MSL Peringkat Bahagian Sarikei.

KEJOHANAN Futsal Lelaki & Wanita MSL Peringkat Bahagian Sarikei 2022 selama dua hari bermula Sabtu lalu menyaksikan pasukan Matrixx United 1 dinobat sebagai johan kategori lelaki dan pasukan Libra B johan kategori wanita.

Kemenangan tersebut melayakkan kedua-dua pasukan tersebut membawa pulang masing-masing wang berjumlah RM1,000 beserta piala.

Naib johan kategori lelaki ialah pasukan Volsar Junior, berkongsi ditempat ketiga ialah pasukan Nafas Dunhill dan pasukan Hoodlum.

Manakala, naib johan kategori wanita ialah Libra A dan berkongsi di tempat ketiga ialah pasukan VegaFC dan pasukan Kolej Komuniti.

Sepak mula kejohanan dilakukan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak, Lamat Nyalau diiringi oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Mohd Johari Abdullah bertempat di Kompleks Integrasi, Kampung Seberang Baji Jaya.

Dalam pada itu, majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Lelaki & Wanita MSL Peringkat Bahagian Sarikei 2022 dijalankan pada Ahad lalu.

Turut hadir ke majlis penutupan dan penyampaian hadiah ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei, Abang Zaini Abang Ismail dan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Jamaika Marciano.

Continue Reading

Previous: Thompson-Herah, Richardson ketuai kumpulan bintang
Next: Tsitsipas teruskan kemaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.