Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MATRADE ketuai misi pecutan eksport 16 syarikat Malaysia ke Jepun
  • BISNES

MATRADE ketuai misi pecutan eksport 16 syarikat Malaysia ke Jepun

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Oktober hingga 8 November depan.

Misi dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan MATRADE untuk memudahkan pengembangan PKS Malaysia dalam pasaran global.

“Misi dengan objektif utama untuk mempamerkan keupayaan Malaysia dalam industri makanan, minuman dan gaya hidup (fesyen) halal itu diadakan sempena Pameran Malaysia 2023 dari 3 hingga 5 November depan.

“Usaha itu juga akan membolehkan syarikat Malaysia memasuki pasaran Jepun yang datang pada masa yang sesuai menjelang Ekspo Dunia 2025 yang akan diadakan di Osaka,” menurut MATRADE dalam kenyataan, hari ini.

MATRADE, melalui pejabatnya di Tokyo dan Osaka, akan menyelaraskan satu siri program untuk 16 syarikat Malaysia, termasuk penyertaan dalam Pameran Malaysia 2023, seminar perniagaan serta padanan perniagaan satu dengan satu pembeli Jepun.

Pengarah Seksyen Transformasi dan Perdagangan Digital, Asnor Vidya Nor Azmi berkata agensi itu juga bekerjasama dengan Pusat ASEAN-Jepun dan Pusat Galakan Perniagaan Antarabangsa Osaka untuk menyediakan laluan kepada syarikat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran dan peluang di Jepun.

Jepun ialah rakan dagangan keempat terbesar Malaysia pada 2022, dengan perdagangan dua hala meningkat 21.2 peratus tahun ke tahun kepada RM181.51 bilion.

Pada 2022, eksport Malaysia ke Jepun meningkat 29.6 peratus tahun ke tahun kepada RM98.24 bilion. – Bernama

Continue Reading

Previous: Indeks nilai seunit eksport, import September 2023 naik 1.6 peratus, 1.5 peratus
Next: Perodua jangka jualan tertinggi dalam sejarah pada suku keempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.