Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masyarakat bebas dadah
  • WILAYAH

Masyarakat bebas dadah

Utusan Sarawak 2 months ago
KONGSI REZEKI… Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan mengagihkan bubur lambuk kepada para penerima di Pejabat Daerah Bintulu, petang semalam.

BINTULU: Sebanyak 350 bubur lambuk diagihkan kepada agensi dan jabatan menerusi Program Pengagihan Bubur Lambuk Ramadan anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Bintulu di Pejabat Daerah Bintulu, petang semalam.

Program itu turut menyaksikan pengedaran risalah kesedaran bahaya dadah serta cabutan bertuah dengan 14 unit hamper makanan sebagai hadiah kepada peserta bertuah.

Pegawai Daerah Bintulu merangkap Pengerusi PEMADAM Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan berkata, program tersebut bukan sekadar berkongsi rezeki semasa Ramadan, tetapi juga bertujuan menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

“Selain mengagihkan makanan kepada orang ramai, program ini memberi peluang kepada PEMADAM untuk terus mendekati masyarakat dan menyampaikan mesej penting bahawa hidup lebih bermakna tanpa dadah,” katanya.

PEMADAM berharap inisiatif tersebut dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap usaha pencegahan dadah serta memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Gereja baharu: Kemudahan penduduk ditingkatkan
Next: Jom Ngesep Hari Rayo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.