Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir

Facebook
WhatsApp
TANG Jie–Ee Wei layak ke suku akhir Masters Indonesia 2026.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke saingan suku akhir selepas menewaskan pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai pada pusingan kedua Masters Indonesia 2026 di Jakarta hari ini.

Juara dunia itu mengekalkan prestasi mantap dan menoktahkan kemenangan 21-12, 21-18 dalam tempoh 35 minit di Istora Senayan.

Menanti gandingan ranking keempat dunia itu di suku akhir ialah pasangan Indonesia, Hee Yong Kai Terry-Gloria Emanuelle Widjaja, atau Jesper Toft-Amalie Magelund dari Denmark.

Bagaimanapun, keputusan positif tidak berpihak kepada beregu lelaki negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, yang tewas kepada pilihan kelima kejohanan dari Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Mohd Azriyn-Wee Kiong membuka perlawanan dengan menang 21-19 set pertama, sebelum tewas 16-21 dan 17-21.- Bernama