Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Masing terima kunjungan hormat PGA Sarawak
  • SEMASA

Masing terima kunjungan hormat PGA Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
TELITI… Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing bersama Mancha Ata meneliti peta kawasan sambil membincangkan masalah keselamatan di sepanjang sempadan Kalimantan.

KUCHING: Briged Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak YDH SAC Mancha Ata melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing di pejabatnya semalam.

Semasa kunjungan hormat, perbincangan dibuat berkaitan dengan isu keselamatan persempadanan sepanjang Sarawak dan Indonesia yang mana usaha mengetatkan keselamatan perlu ditingkatkan di kawasan sempadan yang berdekatan dengan Empangan Bakun, Murum dan Baleh.

Masing juga menekankan usaha mengubah demografi sosial perlu dibuat sekarang untuk menangani migrasi penduduk dari Long Singut dan Kem Pandora sepanjang Sungai Baleh.

“Sebelum Empangan Baleh mula beroperasi, mereka yang tinggal di tempat yang rendah perlu ditempatkan semula.

“Menaik taraf jalan balak yang menghubungkan Long Singut ke Kem Mantan akan dapat memindahkan kawasan penempatan semula Kenyah di Long Singut dan kem Pandora ke Long Busang,” kata Masing.

Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Tapak Megah diperlukan untuk mengelak kemasukan warga asing dan aktiviti penyeludupan.

Tapak tersebut adalah 20 kilometer dari sempadan Kalimantan manakala dari seberang Long Nawang adalah 20 kilometer yang mempunyai jumlah penduduk seramai 5,000.

Continue Reading

Previous: Klinik Kesihatan Kelas 3 Serian siap Jun 2022
Next: Rentas zon tanpa permit mulai 15 Ogos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.